Mohamad Sabu bersyukur kerana dapat mempertahankan jawatan yang disandangnya dua tahun lalu, dan menyifatkan persaingan beliau dengan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai adalah pertandingan persahabatan.
Ketika membentangkan usul tersebut, Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata ia untuk mendesak kerajaan menarik balik pelaksanaan GST dan TPPA, dengan menggemblengkan semua parti dalam Pakatan dan NGO.
dikemaskini Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit dan membawa kepada pengiraan semula undi. Keputusannya akan diumumkan pagi esok.
dikemaskini Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Muktamar PAS terima usul mendesak kerajaan meminda perlembagaan negara untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam selepas usul itu disokong dan dibahas oleh perwakilan dalam persidangan tahunan parti itu petang ini.
Perwakilan Terengganu Hishammuddin Karim meluahkan rasa bimbang terhadap penguasaan ‘Mr Arrogant’ dalam PAS yang boleh menjadi punca berlakunya konflik dalaman parti Islam itu.
Pada Khamis lepas, Harun, 47, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami simptom angin ahmar ketika dalam tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.
Bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan berkongsi pengalamannya selama tiga tahun menerajui gerakan reformasi pilihan raya itu dalam satu majlis makan malam Rabu depan untuk mengutip dana bagi bangunan baru Malaysiakini – @KINI .
Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.
Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.