Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu. Menurutnya, tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
Empat kesatuan sekerja yang mewakili pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang hari ini mengecam MP Jelutong Jeff Ooi berhubung kenyataan kucing kurap yang dibuatnya, dengan menggelarkannya pula sebagai anjing kurap.
Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat tergempar dipanggil jawatankuasa pengurusan MIC yang diketuai Presiden parti Datuk Seri G Palanivel di ibupejabat MIC pagi ini.
Kakak Siti Aishah Abdul Wahab, wanita Malaysia yang dilaporkan melarikan diri selepas 30 tahun menjadi hamba, telah tiba di London dan sedang mengatur untuk menemui Siti Aishah.
Persidangan DUN Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tuntutan tegas kepada kerajaan agar menzahirkan segera rasa kurang senang Malaysia terhadap kerja-kerja risikan yang didakwa dilakukan kerajaan asing terhadap Malaysia menerusi kedutaan mereka di sini.
Datuk Dr Loga Bala Mohan mengumumkan penangguhan kenaikan cukai taksiran DBKL bagi memberi laluan kepada bantahan orang ramai didengari dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan.
Speaker mengeluarkan perintah itu selepas Sivarasa cuba untuk membincangkan penyelesaian kepada isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berkata rakyat Johor membayar tarif yang tertinggi di Malaysia untuk bekalan air yang dirawat – 159 peratus melebihi purata nasional.