Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 perwakilan.
ADUN BN mencabar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengulangi dakwaan yang diucapnya ketika membahas Bajet 2014 negeri Perak yang menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya di luar persidangan itu.
Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan ‘mak nyah’ atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati.
Saya harap dia tidak meneruskan aktiviti pada tahun 70-an yang tidak lagi relevan ketika ini, dan eloklah dia kembali kepada agama serta bertaubat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Majistret Norzafirah Mohamed Ali memerintahkan kesemua pelajar berusia 15 tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah itu ditempatkan di sekolah berkenaan selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan kenaikan gaji dan keputusan itu adalah muktamad.
Namun ADUN Semenyih bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi wakil rakyat di negeri itu yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan.
dikemaskini Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh sedia berjumpa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memberi penjelasan berhubung kelemahan projek penswastaan perkhidmatan keselamatan di sekolah, seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan bertarikh lahir 27 Mei 1944.