Jambatan Kedua Pulau Pinang akan tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan kerajaan pusat walaupun siasatan insiden keruntuhan tanjakan di susur keluar jambatan itu awal Jun lepas masih berjalan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurus…
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Mat Zain perlu berbuat demikian kerana pendedahan bekas pegawai kanan polis itu amat serius apatah lagi melibatkan kepentingan dan maruah negara serta integriti Abdul Gani sendiri.
Sebaliknya, presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu itu berkata, Datin Seri Rosmah Mansor keluar negara sebagai seorang wanita yang profesional, berhujah di hadapan media, dunia, ini satu kebanggaan.
Penentang loji penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Pahang berkhemah selama empat hari di luar ibupejabatnya di Sydney dalam usaha memberi tekanan terhadap pemegang saham syarikat itu yang dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunannya hari ini.
Faisal bagaimanapun berkata, beliau masih tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan masih melihat novelnya itu dijual di rak buku sehingga minggu lalu.
Pembekal yang didakwa menyelewengkan dana zakat yang diluluskan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk seorang kurang upaya telah melangsaikan isu itu, dengan pembelian peralatan bernilai sekitar RM3,000.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuatkuasa pada 1 Januari depan.
Usaha seorang bekas pelajar USM bagi mencabar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang didakwa tidak mengikut perlembagaan serta menyalahi undang-undang, bagi membersihkan rekodnya daripada salah laku disiplin, berakhir semalam.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengkaji semula keputusan kerajaan negeri itu untuk tidak meneruskan tajaan RM2 juta bagi kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Umno bahagian Kalabakan membantah arahan terbaru Umno pusat supaya mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Kalabakan diadakan semula esok kerana surat diterima kurang daripada tujuh hari tarikh persidangan.