Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri.
Speaker DUN Perak Datuk Seri S K Devamany membuat keputusan itu selepas ADUN DAP Kepayang itu enggan menarik balik kenyataannya bahawa Devamany sengaja mempercepat sesi perbahasan Bajet Perak 2014 kerana sibuk dengan pemilihan MIC.
Seorang bekas peniaga barangan komputer hari ini terkejut apabila menemui dua kesan tembakan pada kenderaannya yang diparkir dalam kawasan pagar rumah di Jalan U5/8 Mutiara Subang, Sungai Buloh dekat ibunegara.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pelantikan 30 orang bagi mengisi jawatan barisan kepimpinan tertinggi pergerakan itu di peringkat pusat dan negeri, dengan 15 daripadanya muka baru.
Kerajaan harus menjangkakan bantahan jika cuba memindahkan kos tinggi elektrik kepada awam bermula 2014 kerana ia tidak pernah dilihat menerokai kesemua alternatif lain.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi mendapatkan penghakiman terus dalam kes saman mereka terhadap projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji ADUN Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan.
Sehari lagi sebelum berlangsungnya pemilihan MIC, seorang pemimpin parti itu dari Cheras mendakwa kepimpinan masih belum bertindak atas aduannya yang difailkan dengan ROS, yang mendakwa pemilihan cawangan Julai lalu dijalankan secara tidak betul.