Georgetown: Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, di sini semalam.
Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Filipina berusia 39 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam ketika cuba menyeludup dadah syabu.
COPENHAGEN: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di sini, Khamis.
COPENHAGEN: Keputusan pengadil garisan yang didakwa berat sebelah hampir meragut peluang beregu negara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini.
Kuala Lumpur: Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan (NCII) menjadi tanda aras bagi menggalakkan inovasi dalam kalangan syarikat tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kuala Lumpur: Beberapa pekerja kilang di Taman Industri Puchong di sini, hampir pitam susulan kejadian kebocoran tong cecair kimia di kawasan itu petang semalam.
Raub: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan sehingga mengakibatkan siling serta tangki air di sebuah bank, di sini, pecah, kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.
Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas teksi dipandu bapa tirinya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Batu 4, Jalan Kuantan-Gambang, di sini, tengah malam kelmarin.
Shah Alam: Seorang pekerja kilang termos terpaksa menahan kesakitan selama lebih sejam apabila jari hantu tangan kanannya tersepit besi ketika bekerja dalam kejadian di Jalan Kebun, Klang, kelmarin.
Kuala Lumpur: Malaysia akan terus berusaha mendapatkan sokongan daripada persatuan pengakap seluruh dunia untuk menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Sedunia ke-42 yang dijadualkan pada tahun 2020.
Kuala Lumpur: Saya bangga menjadi anak Malaysia, begitulah suara majoriti remaja yang menyertai raptai perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 yang bakal disambut Ahad ini.