KUALA LUMPUR: Ketika seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara mereka hari ini, enjin carian gergasi Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan doodle ‘Merdeka’.
Butterworth: Seramai 43 individu ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ( JHEAIPP) kerana disyaki berkhalwat dalam Op Ambang Merdeka di sekitar Seberang Perai dan Georgetown malam tadi.
Johor Bahru: Seorang pemain bola sepak Piala Presiden JDT maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru di sini, tengah malam tadi.
Georgetown: Seramai kira-kira 250 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan polis selepas menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-57 di Padang Kota Lama, 9.30 pagi tadi.
KUCHING: Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam tadi.
Pelabuhan Klang: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang menahan 10 warga asing yang cuba keluar dari negara ini untuk ke Indonesia di perairan Sekinchan, semalam.
Port Dickson: Seorang remaja lelaki maut dan dua rakan parah dalam kemalangan membabitkan lima motosikal di Kilometer 17.3 Lebuh Raya Port Dickson menghala Seremban, hari ini.
Melaka: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Ayer Keroh-Taman Perindustrian Ayer Keroh, Melaka malam tadi.