Cameron Highlands : Kerajaan bercadang menyediakan kawasan penempatan semula kediaman dan perindustrian yang berisiko tinggi di sekitar daerah ini sebagai usaha menangani masalah pencerobohan dan tanah runtuh di daerah ini.
Kuala Lumpur: Seorang peniaga pasar borong kerugian kira-kira RM5,000 disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta pangsapurinya di Setapak, ketika dia hendak pergi bekerja Isnin lalu.
Dubai: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghadap Puteri Haya Bint Al Hussein kelmarin.
Kajang: Seorang pekerja kaunter sebuah pusat snuker di Sungai Long di sini, yang baru seminggu bekerja menerima lima jahitan di dahi akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang mengaku anggota kumpulan kongsi gelap.
GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 49 tahun bertindak bunuh diri dengan terjun dari tingkat 24 di sebuah pangsapuri dekat Jalan Macallum di sini petang tadi.
KOTA BHARU: The Red Warriors terus dirundung episod duka selepas pemain importnya, Dickson Nwakaeme, sah meninggalkan Kelantan pada musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.
PUTRAJAYA: Statistik penagih dadah golongan belia yang dikesan dari Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
KAMPAR: Mayat seorang lelaki ditemui rentung disamping nota kertas tertulis ‘saya bunuh diri dengan kejam’ (bahasa Mandarin) berhampiran sebuah taman permainan, Taman Sayang, Gopeng di sini tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR: Animation International (M) Sdn Bhd membawakan Ekspo 100 Gajet Rahsia Doraemon yang mula dibuka 14 Disember ini di Dewan Pameran Viva Home Kuala Lumpur.
CAMERON HIGHLANDS: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan khas dengan Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menangani masalah pencerobohan tanah dan runtuhan yang semakin serius di Cameron Highlands.