IPOH: Seorang kutu rayau yang kepenatan ‘mati’ terbaring di atas jalan selama setengah jam dekat tapak Gerbang Malam di sini, malam ini bangkit sendiri dan meminta sebatang rokok.
PASIR MAS: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baharu, Tumpat maut setelah digilis sebuah lori muatan pasir dalam kemalangan di Kampung Teliar, Bunut Susu di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Polis yakin akan dapat menjejaki rakan suspek utama kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank, dikenali sebagai ‘Joemar’ walaupun jika lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
KUANTAN: Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.
MUKAH: Lapan sekeluarga yang sedang berehat selepas menikmati makan tengah hari nyaris maut apabila rumah mereka musnah dirempuh timbunan rumput tebal yang dihanyutkan arus deras di Kampung Treng Matu, tadi.
LEDANG: Seorang juruteknik maut apabila kereta yang dipandu isterinya terbabas merempuh konkrit parit di Kilometer 9.5 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), dekat Kesang, di sini tadi.
SEREMBAN: Polis berjaya menahan empat anggota Geng Arif Kecik termasuk dua wanita yang juga adik beradik dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan negeri ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Kuantan: Mahkamah Tinggi mengenepikan hukuman penjara 20 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 15 Februari lalu terhadap seorang wanita Indonesia yang didapati bersalah melambung dan menghempas anak majikannya pada Februari lalu.
Ipoh: Seorang lelaki yang memiliki beberapa kenderaan mewah seperti Mercedes Benz Model CLS50, Honda Oydssey, serta rumah teres dengan keseluruhan bernilai lebih RM1.2 juta hasil penjualan dadah diberkas polis di sini Sabtu lalu.