KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 Nov kerana jangkitan dada.
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah di pintu masuk negara dengan penahanan seorang lelaki warga negara India, di terminal utama KLIA, Rabu lalu.
ALOR SETAR: Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi atas kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,383.4 gram, tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tempoh sebulan kepada mana-mana kelab atau persatuan sukan menembak yang berdaftar membuat permohonan lesen senjata api bermula hari ini.
PASIR GUDANG: Mayat mangsa lemas, Abdul Talib Hadhari, 42, yang terjatuh ke dalam laut di perairan Tanjung Langsat Sabtu lalu ditemui berhampiran perairan Singapura pada jam 11.30 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Rakyat asing terutama dari negara yang berhadapan krisis ketidakstabilan politik dan ekonomi sanggup membayar sehingga US$10,000 (RM32,135) bagi setiap perjalanan untuk diseludup ke negara destinasi.
Kuantan: Pemeriksaan pegawai perubatan dilakukan secara profesional dan mendapati Harun mengalami serangan angin ahmar bukan akibat termakan racun atau dipukul seperti didakwa sesetengah pihak,” kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail ketika dihubungi, semalam.
Kulim: Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang lelaki India yang mayatnya ditemui telentang di depan sebuah rumah kongsi di kawasan perumahan dalam pembinaan di Taman Kulim Techno City 3, dekat sini, kelmarin.
Marang: Langkah strategik yang diambil pengurusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat tempatan membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 pelajarnya selepas tamat pengajian.
Kuantan: Bantuan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan negeri diperlukan dalam usaha membantu persatuan seni mempertahankan diri mengadakan aktiviti termasuk pertandingan.
MUAR: Kira-kira 20,000 pengunjung hadir pada acara penutup yang juga kemuncak sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar yang ke-55 di daerah ini, malam tadi.