KUALA LUMPUR: Sebuah stor simpanan barang rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Brickfields di kawasan lapang berhampiran tokong Cina di Laman Rimbunan, Kepong, terbakar, kira-kira 6.20 petang.
LANGKAWI: Lebih seratus peserta mewakili 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk kolej komuniti dan politeknik seluruh negara menyertai ‘Langkawi International Extreme Challenge’ (LIEC) 2013, di sini, selama dua hari bermula hari ini.
WAKIL Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dibenarkan melibatkan diri dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara selagi Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa menganggotai jawatankuasa itu.
PASIR GUDANG: Kerajaan Johor hanya akan membuat keputusan dan tindakan berhubung isu pengintipan serta risikan membabitkan hubungan Malaysia-Singapura selepas Kerajaan Pusat menyatakan pendirian berhubung perkara itu.
MELAKA: Polis menahan 49 individu termasuk seorang pengendali dan lima wanita warga asing yang terbabit dalam perjudian ‘tong kow’, sejenis permainan mahjong yang diubah suai, di sebuah pusat hiburan di Banda Hilir, di sini.
PASIR MAS: Seorang lelaki, hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol dan 11 peluru hidup, bulan lalu.
KANGAR: Sebuah syarikat Indonesia akan menggunakan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi penyelidikan menghasilkan bata ringan menggunakan teknologi geopolimer sebagai bahan binaan.
KUALA LUMPUR: Mayat lelaki India berusia 30-an ditemui dalam keadaan terbaring di dalam longkang bawah Bulatan Caves, di sini, dengan kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.
MELAKA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membangunkan masyarakat India dan ia adalah proses berterusan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SHAH ALAM: Penuntut digalakkan menceburi bidang berkaitan industri kimia yang dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan lebih luas pada masa depan, kata Timbalan Pengerusi Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM) Muhtar Hashim.