KUALA LUMPUR: Pos Malaysia menutup sementara beberapa pejabat Pos dan pusat PosLaju di Pahang dan Terengganu berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.
KUALA KRAI: Seorang ibu muda yang baru 14 hari melahirkan anak keduanya, terpaksa meredah air banjir kira-kira 0.5 meter sejauh 500 meter untuk menyelamatkan diri apabila rumahnya mula dinaiki air.
GUA MUSANG: Polis menumpaskan kumpulan mencuri susu bayi berjenama di beberapa pasar raya di negeri ini selepas menahan lima orang termasuk tiga wanita, tengah malam tadi.
KLANG: Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang, di sini.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada berlaku kebocoran soalan bagi mata pelajaran Matematik kertas dua bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 seperti yang dilaporkan 21 November lalu.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak menghentikan bekalan elektrik di pantai Timur Semenanjung terutama Pahang berikutan 1,072 pencawang elektrik di ditenggelami air.
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dalam selimut ditemui di tepi jalan raya di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah di sini, tengah hari tadi.
KOTA BAHARU: Penduduk Kelantan terutama yang tinggal
berhampiran beberapa sungai utama di negeri ini dinasihatkan supaya bersiap
sedia untuk berpindah berikutan paras air sungai kini melepasi bahaya.
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin teruk apabila seramai 4,437 mangsa daripada 1,175 keluarga dipindahkan ke 57 pusat pemindahan di tiga daerah sehingga jam 1 tengah hari tadi.