PUTRAJAYA: Mulai 1 Mac depan, warga Malaysia yang memohon pasport baru, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.
NAYPYITAW: Ho Mun Hua menjadi penyumbang pingat terakhir dari kem wushu negara menerusi pingat gangsa dalam acara Nangun lelaki pada aksi penutup tirai di Stadium Tertutup Wunna Theidki A, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menggariskan enam strategi sebagai usaha meningkatkan lagi prestasi institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan kedudukannya dalam dunia.
IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak akan mendapat perintah mahkamah terhadap seorang bayi perempuan yang ditemui di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat berhubung dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang mengamalkan ajaran Syiah.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom merasmikan Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Ijtima Amik Zakat Kebangsaan 2013, di sini, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Lima anggota polis bantuan warga Malaysia yang memiliki status penduduk tetap di Singapura, cedera ringan semasa membantu polis Singapura menangani rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura pada Ahad.
PUTATAN: TIGA kedai termasuk premis menjual tilam musnah dalam satu kebakaran di Putatan Business Centre berhampiran tamu Putatan di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terlibat dalam bencana banjir di seluruh negara dibenar membuat penangguhan dan penstrukturan semula pinjaman pendidikan mereka.
SHAH ALAM: Anak bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar, Ahmad Jamal Omar, 40, meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang selepas mengalami masalah kesihatan, awal pagi tadi.