KUALA LUMPUR: Malaysia merayu negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya meningkatkan jumlah sumbangan mereka kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) kerana ia amat penting untuk kesejahteraan pelarian Palestin.
MERSING: Berang tiada barang berharga di dua kabin pekerja kolam udang Kampung Tanjung Endau di sini, seorang daripada dua perompak melepaskan empat das tembakan hingga mengenai pinggang, perut dan lutut dua pekerja asing.
GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan, Nur Fairuz Izz Zahra Md Faizal yang diculik dari rumah neneknya di Air Itam semalam diserahkan dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya tengah hari tadi.
PENEMBAK muda negara, Eddy Chew meraih emas Sukan SEA pertama negara daripada sukan menembak menerusi acara 50m free pistol di Lapang Sasar North Dagon, hari ini.
IPOH: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman denda RM176,000 atau 22 tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang didapati bersalah memiliki 88 DVD cetak rompak tujuh tajuk filem dua tahun lalu.
NIBONG TEBAL: Sebuah kumpulan yang aktif dalam 13 kes samun dan curi kereta di sekitar daerah Seberang Perai Selatan dikenali Geng Ah Boy tumpas selepas ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel bajet pada 6 Disember lalu.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan pembebasan bekas ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamed, 52, daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen membabitkan kos tuntutan sewa sebuah hotel berjumlah RM31,050, 11 tahun lalu.