Kuala Krai: Kanak-kanak berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Kampung Sungai Johar, kelmarin masih gagal ditemui selepas anggota bomba dan penyelamat Kuala Krai menangguhkan operasi mencari pada jam 6 petang tadi.
Bukit Kayu Hitam: Enam sekeluarga yang menetap di England selama 15 tahun sejak 1999, selamat tiba di tanah air melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand, di sini selepas menempuh perjalanan selama 155 hari dengan menaiki kenderaan karavan.
Shah Alam: Pengawal keselamatan memenuhi setiap sudut pentas persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, di sini, malam tadi.
Putrajaya: Banjir yang melanda beberapa negeri menjejaskan periuk nasi 22,278 petani, penternak dan nelayan berikutan kemusnahan tanaman dan ternakan selain kesukaran untuk turun ke laut kerana cuaca tidak menentu.
Kajang: Lima artis popular bakal memeriahkan Karnival 1001 Rasa Sate Kajang (K1001RSK) 2013 yang dijangka berlangsung empat hari bermula 19 Disember ini di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan saringan kesihatan mental terhadap semua pelajar tingkatan dua hingga empat bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko menghidap masalah mental.