KUCHING: Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.
KANGAR: Program henti merokok anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis kurang mendapat sambutan iaitu bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini hanya 80 orang menyertainya berbanding 124 orang tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Tiga penjenayah melarikan wang tunai RM270,920 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Taman Cheras Utama, Batu 9, Cheras di sini awal hari ini.
JERANTUT: Seorang lelaki Orang Asli ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyumpit seorang lelaki warga emas sehingga maut, dalam satu kejadian di Kampung Bangkong, dekat sini Jumaat lepas.
GEORGETOWN: Dua wanita yang juga suspek kes culik dan jual bayi perempuan berusia tujuh bulan berjaya ditahan polis di stesen bas Butterworth, dekat sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.
SKUAD silat negara ternyata kecewa dengan keputusan wasit pertandingan yang bersikap berat sebelah menyebabkan Malaysia terlepas satu pingat emas daripada pesilat senior Ahmad Shahril Zailudin dalam acara akhir kelas D (kategori berat badan 60-65kg).
ATLET muda negara, Muhammad Irfan Shamsuddin mencipta sejarah menjadi atlet termuda negara meraih pingat emas acara olahraga Sukan Sea Myanmar yang membuka tirai di Stadium Wunna Theikdi, di sini, hari ini.
PESILAT negara Mohd Al-Jufferi Jamari menyifatkan kejayaannya meraih pingat emas di temasya Sukan SEA ke-27 hari ini sebagai hadiah perkahwinannya pertengahan tahun depan dengan bakal isterinya Noorhafiezah Matasuki, pesilat dari Selangor.
KEPALA BATAS: Seorang doktor terselamat selepas kereta yang dipandunya dihempap sejumlah papan lapis yang terjatuh dari sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini malam tadi.