KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kandungan akrolein yang didapati dalam minyak masak terpakai boleh menyebabkan kanser, tidak dapat dibuktikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
KOTA BHARU: Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan sembilan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan pedang dan parang di sebuah butik pengantin, tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini sekali lagi mengingatkan pengguna di Selangor dan ibu negara agar menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan yang bermula esok sehingga 22 Dis ini.
DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 82, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Talang, Bukit Besi, di sini, pagi tadi.
Taiping: Seorang lelaki ditemui mati dalam Sungai Selinsing, berhampiran jeti Kuala Sepetang, di sini, pagi kelmarin dengan beberapa kesan tetakan di badan termasuk di kepala dan leher.
Taiping: Seorang ibu tunggal terpaksa bertarung nyawa hampir satu jam sebelum tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular berbisa ketika mencari pucuk paku di kebun berhampiran rumahnya di Kampung Repoh, Batu Kurau, di sini, kelmarin.
Kuala Lumpur: Vita Healthcare Asia Pacific Sdn Bhd (VitaHealth) mengumpul sumbangan RM16,500 untuk diserahkan kepada Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi membantu usaha organisasi berkenaan menaik taraf peralatan rawatan barah.
Kajang: Dua mesin juruwang automatik (ATM) dalam sebuah pasar raya di Taman Utama, Batu 9, Cheras, di sini dipecahkan sekumpulan perompak membabitkan kerugian RM270,000, awal pagi semalam.