JEMPOL: Seorang suri rumah mengalami detik mencemaskan apabila kediamannya bukan saja dipecah masuk empat penjenayah bertopeng malah diugut untuk disembelih dan diperkosa dalam kejadian di FELDA Raja Alias, di sini, semalam.
SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 257.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Senawang, malam tadi.
HULU SELANGOR: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut manakala isterinya cedera selepas tayar kereta Perodua Myvi dinaiki mereka pecah sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara Selatan berham…
MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di luar tandas sebuah rumah di Batang Tiga, Tanjung Minyak di sini kira-kira jam 8 malam tadi.
KLUANG: Sebanyak 70 kubur di Tanah Perkuburan Islam Ladang Kempas, Kelebang, Paloh di sini, dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam FELCRA Sungai Sepuluh, Paloh untuk memberi laluan kepada pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE).
KUANTAN: Polis menahan tiga remaja selepas mereka melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk kereta peronda polis yang berada di Teluk Chempedak, malam tadi.
Taiping : Seorang lelaki maut akibat ditetak di bahagian leher dengan parang oleh seorang suspek dalam kejadian berhampiran pasar Aulong di sini malam semalam.
KLANG: Keghairahan puluhan pelanggan dua kelab menyambut Krismas dengan melanggan GRO terbantut apabila diserbu Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Pekan Baru Klang, di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Aktiviti ribut petir di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Limbang, Miri, Bintulu, Mukah serta Rejang) dijangka berterusan sehingga pagi ini.
KUANTAN: Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung, di sini, kira-kira 6.30 petang semalam.