MELAKA: Dua lelaki termasuk seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang tukang masak yang dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Taman Kota Laksamana di sini Rabu lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II yang dikesan polis kerana memuat naik status mengajak orang ramai mengguling kerajaan pada sambutan tahun baru, ditahan polis pagi tadi.
KUANTAN: Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) melaksanakan undang-undang syariah baru iaitu mengambil tindakan kepada mak nyah dan pengkid selepas mengemaskini Enakmen Jenayah Syariah 2013.
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Km36.5 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
MIRI: Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas motosikal ditunggang bersama rakannya terbabas menyebabkannya terpelanting di atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran tanah perkuburan Islam di Sungai Baong, di sini, jam 12 …
GEORGETOWN: Disebabkan mengalami masalah kewangan dan tidak mahu
menyusahkan keluarganya, seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Jalan Delima, Greenlane, di sini pagi tadi.
DUNGUN: Mayat jurujual telefon, Ghafar Manaf, 32, yang lemas di Pantai Sura, di sini, jam 6.20 petang Selasa lalu ditemui unit udara polis jam 9.45 pagi tadi di perairan Kertih kira-kira 30 kilometer dari tempatnya lemas.
SEGAMAT: Polis menahan reman enam lelaki di sekitar Batu Anam di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes rusuhan di sebuah rumah milik satu keluarga yang sedang mengadakan majlis perkahwinan di bandar ini, 15 Disember lalu.
BATU PAHAT: Seorang pemandu bas cedera parah, manakala lima penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara-Selatan, Oagoh arah selatan pada jam 5.20 pagi tadi.