PUTRAJAYA: Selepas dua tahun setengah dibekukan, akhirnya China meluluskan pengeksportan sarang burung walit mentah dan bersih ke negara itu pada 25 Disember lalu.
JOHOR BAHRU: Seorang pengurus visual arkitek, Mohd Imran Mohd Ramly, 31, bersama teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, tadi di atas pertuduhan membunuh anak lelaki kepada Mohd Imran yang berusia tiga tahun.
SEREMBAN: Perhimpunan hari pertama persekolahan 2014 yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2, di sini, pagi tadi menggemparkan kakitangan sekolah berkenaan apabila tiga murid tahun dua, tiga dan empat tiba-tiba pitam dipercayai ke…
Port Dickson: Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah,” kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam.
Kuantan: Bantuan yang datang mencurah-curah kepada mangsa banjir di beberapa kawasan di daerah ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka mampu menyimpan sehingga lebih 65 kilogram beras termasuk berpuluh tin susu, biskut dan sardin.
Bandar Baharu: Enviroment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) menyediakan tong sampah beroda baru kepada 18 taman di daerah ini secara percuma secara berperingkat bagi menyelesaikan masalah atau isu sampah yang bertaburan di kawasan perumahan berkenaan.
Rembau: Enam sekeluarga berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pelbagai guna jenis Fiat Ulysse yang dinaiki berasap sebelum terbakar di Kilometer (KM) 239.3, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, semalam.
SIBU: Seorang murid tahun empat menjadi korban pertama mangsa banjir di Sarawak apabila ditemui lemas selepas tergelincir dalam Sungai Naman, di sini, semalam.
CHUKAI: Hasrat dua sahabat warga China merakam gambar kenangan keindahan pantai Teluk Kalong, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas mereka berdua hilang dipukul ombak besar, dekat sini, kira-kira 4 petang ini.
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki warga Myanmar dengan tangan dan
kakinya diikat ditemui di kawasan sawah terbiar di Kampung Masjid Timah di sini, tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.