KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur kategori ketiga dijangka berterusan sehingga esok.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya telah mengeluarkan beberapa garis panduan bagi menurunkan lagi kadar jenayah di negeri itu.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi pengurusan perancangan dan strategi mulai 1 Januari 2014.
KANGAR: Mayat dipercayai seorang lelaki Pendatang Tanpa Izin (Pati) warga Rohingya ditemui terapung di Sungai Kurong Tengar Kuala Perlis kira-kira 7 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) di Dataran Merdeka, Sabtu ini, perkhidmatan LRT, KL Monorel dan bas RapidKL di stesen dan laluan tertentu akan dilanjutkan sehingga 1 pagi.
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang akan menempatkan lebih 1,000 anggota bagi menjaga keselamatan orang ramai sempena sambutan perayaan Thaipusam di negeri ini selama tiga hari, mulai 16 Januari ini.
SANDAKAN: Polis menahan tiga lelaki dan seorang remaja perempuan bawah umur yang disyaki terlibat dalam kejadian melanggar seorang pegawai polis dalam satu pemeriksaan di Kampung Air Kota Kinabalu pada 20 Disember lalu.
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang melarikan diri apabila dikejar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) terpaksa berpatah balik kerana `tertinggal’ tunangnya ketika rumah sewa mereka diserbu, awal pagi semalam.
MUKAH: Jabatan Pengairan dan Saliran meminta penduduk di sekitar Balingian berwaspada berikutan Sungai Nanga Lemai B melepasi paras bahaya, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan dan laluan ditutup sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka, bermula hari ini hingga 5 Januari.