KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang konstabel
polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap
pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej,
Disember lepas.
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang juga suspek kes kasanova yang lolos ketika berada di pejabat seorang pegawai polis di Mahkamah Sesyen, di sini Oktober lalu direman empat hari bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan prestasi lebih cemerlang dengan bersandarkan syariat dan bukan mengikut emosi.
BALING: Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Agama Diniah, Kupang maut apabila motosikalnya terbabas ketika dia cuba memotong sebuah kereta di Kampung Landak Hilir, Jalan Baru Kupang-Gerik petang semalam.
KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM2 bilion kepada kira-kira 25,000 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah tahun ini.
LAHAD DATU: Dua beradik lelaki berusia dua dan lima tahun rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Teck Guan, di sini, tengah hari tadi.
GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas membunuh diri dengan meletupkan gas memasak di rumahnya di tingkat 16 Flet Taman Sri Impian, Bandar Baru Ayer Itam, di sini kira-kira jam 1 petang tadi.
CHUKAI: Mayat dua sahabat warganegara China yang lemas dipukul ombak ketika sedang merakam gambar Pantai Teluk Kalong, di sini, Rabu lalu, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi ini.