KUCHING: Pusat pemindahan di Miri sudah tutup pagi tadi sekali gus menyaksikan jumlah mngsa banjir di Sarawak semakin berkurangan daripada 354 semalam kepada 141 orang setakat jam 12 tengah hari tadi.
MUADZAM SHAH: Seorang bekas imam dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.
KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah di kaki kiri dan kepala selepas dilanggar lari seorang penunggang motosikal ketika membuat sekatan jalan raya di Kampung Kubang Ikan, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian, Gong Badak, di sini maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Sentosa, Setiu, semalam.
KUALA LUMPUR: Penerbangan MAS, MH151 dari Jeddah ke Kuala Lumpur yang tertunda lebih tiga jam pada Sabtu adalah disebabkan pesawat itu perlu meminjam enam tangki oksigen untuk kegunaan kabin pesawat.
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi Hadani yang memuat naik kenyataan bagi menghasut pengikut akaun Facebook miliknya untuk mengguling kerajaan.
DENGKIL: Seorang wanita warga emas sakit dada manakala enam yang lain cedera apabila bas ekspres dalam perjalanan membawa 24 penumpang dari Klang ke Johor terbalik dalam kejadian lewat petang malam.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori maut selepas bertembung dengan bas yang dinaiki 36 anggota tentera dalam kejadian di Jalan Tuaran By Pass berhampiran Kampung Rampaian, dekat sini, kira-kira jam 8.50 malam tadi.
SIBU: Seorang maut manakala dua parah apabila pacuan empat roda dinaiki terbabas lalu memasuki belukar dalam kemalangan di KM22, Jalan Tunku Abdul Rahman dekat Sibu Jaya, pagi tadi.
ALOR SETAR: Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baru sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.