KOTA KINABALU: Laluan Jalan Tamparuli-Kiulu ditutup
kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di kilometer 61,
laluan itu, tengah malam tadi.
KUCHING: Polis setakat ini mengklasifikasi kematian
seorang pelajar wanita yang mayatnya ditemui terapung dalam parit di kampus
Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan di sini petang ini sebagai
kematian mengejut.
Kuala Langat: Panik selepas perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba ‘tergendala’ kerana ditahan pihak berkuasa, beberapa lelaki warga asing yang berada di dalam bas kilang berkenaan nekad melarikan diri menggunakan pintu kecemasan kenderaan itu.
Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.
Marang: Kecurigaan seorang wanita mengenai ketiadaan jirannya di surau ketika solat Zuhur akhirnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dengan jerutan hos paip pada leher di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak, semalam.
Sandakan: Niat seorang lelaki melaram kereta baru dicurinya tidak kesampaian apabila dicekup tidak sampai lima jam selepas melakukan jenayah itu, kelmarin.
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan malam ini kepada 1,968 orang berbanding 2,076 orang petang tadi.
KUCHING: Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.
SANDAKAN: Dua lagi anak kapal sebuah bot tukar barang yang karam di perairan Filipina di Laut Tahau pada Jumaat lepas ditemui di pesisir pantai di Kepulauan Tawi-Tawi semalam.