KUALA LUMPUR: Regu lelaki negara Goh V Shem-Lim Khim Wah membuat kejutan dengan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2014 hari ini.
BANGKOK: Pelarian pasangan rakyat Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa Thailand dan Malaysia kerana kes pemalsuan kad ATM ditangkap di sebuah hotel di Danok, selatan Thai, Sabtu lalu.
Georgetown: Taman Negara Teluk Bahang ditutup hari ini bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Keracut, Teluk Bahang semalam.
Alor Setar: Sultan Kedah Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyeru rakyat mengelak menyentuh isu-isu agama dan sensitiviti kaum kerana mampu membawa kepada ancaman, selain mematuhi asas Perlembagaan serta menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri.
Georgetown: Kira-kira 600 daripada 1,200 banduan di Penjara Reman Pulau Pinang yang mengalami cirit-birit dan muntah semalam disahkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan ayam masak merah pada makan malam Jumaat lalu.
MUKAH: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) lapan
penduduk kampung yang hilang apabila bot panjang yang mereka naiki terbalik di
Batang Lassa dekat Kampung Kut di Daro, kira-kira 150 kilometer dari sini
semalam, disambung pada pukul 7 pagi ini.
Alor Gajah: Sepasang kekasih cedera ringan selepas kereta dinaiki terlanggar tiang telekom ketika cuba melarikan diri daripada penduduk kampung di Jalan Kampung Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi tadi.
Mukah: Pasukan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha mengesan tujuh penumpang bot karam yang masih hilang berhampiran Kampung Kut, Daro di sini petang semalam.
Kuching: Tiga penumpang sebuah bot panjang yang karam berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit di Daro dalam Bahagian Mukah, disahkan lemas, manakala lapan lagi masih hilang.