KUALA LUMPUR: Mayat Dr Gnanathurai Nagarajah, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan pada Jumaat, dijangka tiba di tanah air pada Rabu atau Khamis ini.
DARO: Jenazah empat mangsa bot karam di muara Sungai Lassa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tekajong untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini.
KUCHING: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan lima deretan kedai, satu bengkel motosikal dan satu rumah persendirian di Taman Kali, Jalan Resak, Kuching jam 12.44 tengah malam tadi.
Kangar:Bapa kepada pelakon terkenal Mohd Zani@Mohd Zohiri,40, atau lebih dikenali sebagai Ezani, Mohd Nizarif Idros meninggal dunia akibat serangan jantung di Kuala Kangsar, Perak pagi tadi.
GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa lemas, Ku Mohammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, di Pantai Kerachut, Teluk Bahang dibantu dua helikopter daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Rendah Syariah daerah Seberang Prai menetapkan 6 Mac depan untuk mendengar jawapan pembelaan daripada Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Rahmah Md Isa, 52, berhubung permohonan fasakh daripada suaminya Zarkasyi Abdulla…
BATU PAHAT: Tujuh pekerja syarikat pengangkutan termasuk seorang warga Indonesia ditahan selepas dipercayai membuat laporan palsu berhubung kehilangan dua lori berisi muatan sardin bernilai RM400,000, di sini.
PUTRAJAYA: Pemuda UMNO dan Sukarelawan Peguam (SukaGuam) akan bertolak ke Sweden dalam masa terdekat bagi membantu proses pertukaran keluarga angkat beragama Islam kepada empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan polis di negara itu.