Bagan Serai: Dua perompak bertindak kejam apabila mencampak seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) keluar dari kereta yang dinaikinya sebelum melarikan kenderaan milik mangsa di hadapan sebuah bank di bandar ini.
Seri Iskandar: Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini, meninggal dunia secara mengejut ketika menjalani sesi latihan menembak di lapang sasar Ayer Kuning, Kampung Gajah, di sini, semalam.
Daro: Suasana sedih menyelubungi jeti Kampung Kut, di sini, semalam apabila satu demi satu mayat mangsa tragedi bot karam di muara Sungai Lassa, Sabtu lalu ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat.
KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 yang disemak semula dan diumumkan hari ini akan membolehkan Malaysia berada pada kedudukan sebagai pangkalan pengeluaran tunggal dan hab pemasaran kenderaan cekap tenaga (EEV), menjelang integrasi Komun…
Nibong Tebal: Seorang lelaki cedera selepas terkena tiga das tembakan dua di bahu dan satu di kaki dalam kejadian hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi di sini, jam 5.20 petang tadi.
KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menembak dan merosakkan 46 premis di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada malam 10 dan 11 Jan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di tepi sebuah rumah di Kampung Sungai Sebatang, Jalan Kuala Kedah di sini, awal hari ini.
PUTRAJAYA: Sebanyak RM400 juta penjimatan dapat diperoleh melalui 11 langkah perbelanjaan berhemat yang digariskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
MELAKA: Padah mencuri sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM35 milik majikannya November tahun lalu, seorang lelaki warga Bangladesh dipenjara sehari dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.
IPOH: Seorang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja mengorek pasir di tebing Sungai Kinta, di kawasan Gunung Ceroh, di sini, terkejut apabila menemui sebutir bom lama.