SEREMBAN: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin melancarkan Op Selamat ke-4 sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini, pagi tadi.
JOHOR BAHRU: Empat lelaki dan seorang perempuan ditahan selepas disyaki terbabit dalam satu kes samun di sebuah stesen minyak di Yong Peng dekat sini pada Selasa lalu.
KOTA KINABALU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anasir luar yang ingin menceroboh kawasan sempadan negara khususnya perairan negeri Sabah.
JOHOR BAHRU: Seramai 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk empat wanita ditahan di asrama pekerja mereka di sebuah rumah kedai di Taman Bukit Indah 2 di sini, semalam.
KANGAR: Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.
BEAUFORT: Seramai 10 penduduk dari beberapa kampung di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air, petang semalam berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Daerah Tawau berjaya merampas enam bungkusan plastik yang mengandungi kira-kira 300 gram dadah dalam serbuan di sebuah kapal di Perairan Sabindo, dekat sini, semalam.
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan atau mengelak melawat Bangkok berikutan situasi yang semakin meruncing di ibu negara Thailand itu.