KUALA LUMPUR: Kes dan notis kesalahan berkaitan
harga barangan menurun pada hari keempat Ops Harga 2014 yang dilaksanakan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) di
seluruh negara semalam.
KLANG: Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan rompakan berkumpulan terhadap sebuah syarikat perniagaan kereta baru dan terpakai, Tan Group Automobile Centre Sdn Bhd dengan bersenjata sebatang besi pada April 2012.
GEORGETOWN: Sebuah bot dagang cuba menyeludup masuk barangan kosmetik bernilai RM224,060 dari Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kejadian di 0.9 batu nautika dari Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini, Rabu lalu.
SEREMBAN: Seorang wanita berusia 50-an tekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 di Flat Lobak di Jalan Tun Dr Ismail, di sini, 3.45 petang tadi namun terselamat daripada maut apabila terjatuh di sebuah bumbung di tingkat satu di flat berkenaan.
KUALA TERENGGANU: Dua warga emas terselamat apabila rumah mereka di Kampung Ladang, di sini hangus dalam kebakaran ketika mereka sedang nyenyak tidur malam tadi.
KOTA BHARU: Cubaan melarikan wang tunai RM368,660 dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri di sini semalam gagal selepas dipercayai dilakukan oleh pencuri amatur.
BATU PAHAT: Taktik licik sepasang suami isteri yang menyembunyikan syabu dalam paket minuman segera sebelum diedar gagal mengaburi polis selepas mereka diberkas dalam dua tangkapan berasingan di sini, semalam.
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Bintulu meningkat kepada 814 membabitkan 215 keluarga dengan sebuah lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan tiga keseluruhan setakat jam 11.30 pagi tadi.