JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tekad tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meminta Prosedur Operasi Standard (SOP) Program Khas Penyelarasan PATI (PKPP) untuk ditangguhkan pelaksanaannya.
Kuala Lumpur: Dengan mensasarkan rumah yang penghuninya keluar bekerja pada awal pagi, satu kumpulan pecah rumah dan samun kereta dikesan melarikan barangan berharga dan kereta hanya dalam tempoh 30 minit sejak setahun lalu.
Putrajaya: Langkah kerajaan menyerahkan 400 unit kenderaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka dapat melancarkan lagi khidmat anggota jabatan itu dalam melaksanakan skop tugas yang semakin meluas kepada masyarakat.
Nusajaya: Seorang lelaki terbunuh, manakala anak saudaranya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah kapal di Pulau Pergam, Singapura, berhampiran Tanjung Bunga di sini, semalam.
Alor Setar: Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, sema…
SUNGAI BULOH: Seorang lelaki nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dipercayai rakannya dalam kejadian di Stesen Komuter Kuang petang tadi.
STOCKHOLM: Dapat keluarga baru minggu ini. Itu berita gembira diperoleh pasukan khas Pemuda UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Khidmat Sosial di Spanga, di sini hari ini.
GEORGETOWN: Pertembungan pasukan PBAPP FC dengan Negeri Sembilan terikat 0-0 selepas tamat perlawanan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.
KOTA KINABALU: Hasrat Sabah mencipta kemenangan pertama di tempat sendiri tidak kesampaian apabila tewas 1-3 di tangan Felda United pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas malam ini.
KEMAMAN: Seorang peneroka Felda, yang hilang kira-kira 17 jam selepas menjalani rawatan dialisis, ditemui selamat di dalam gaung sedalam tujuh meter di Kilometer 24 Jalan Mat Lagam-Cheneh di sini, hari ini.