Batu Pahat: Empat pelatih Angkatan Tentera Malaysia kem Kluang terselamat apabila helikopter dinaiki terpaksa membuat pendaratan cemas berhampiran Empangan Bekok di sini, kerana mengalami kerosakan teknikal, malam tadi.
Kuantan: Sepasang suami isteri bersama anak mereka nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbakar berhampiran plaza tol Gambang, di sini, pagi tadi.
Bestari Jaya: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh berusia 30-an maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja warga Nepal dalam pergaduhan di sebuah kilang di Ijok, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia supaya menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrem yang boleh menggugat keharmonian yang dikongsi dan dinikmati pelbagai kaum di negara ini.
MUAR: Tindakan pantas seorang suami berjaya menyelamatkan isterinya yang juga seorang guru daripada menjadi mangsa ragut dua beradik dalam kejadian di depan sebuah bank di Jalan Abdullah di sini, Ahad lalu.
Kuala Lumpur: Sebanyak 18 lebuh raya memberikan diskaun tol antara lima peratus dan 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 sejak semalam hingga Ahad sempena Tahun Baru Cina (TBC).
Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semakin serius dalam membanteras aktiviti sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah berlaku di negara ini.
Shah Alam: Penyewa 51 gerai di Pasar Baru Sri Muda yang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin perlu menunggu laporan lengkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam sebelum sebarang tindakan dapat dibuat.
Gombak: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari kerugian RM2,000 selepas rumahnya di Rawang, dekat sini, dipecah masuk awal pagi semalam.
MUAR: Tindakan pantas seorang suami berjaya menyelamatkan isterinya yang juga seorang guru daripada menjadi mangsa ragut dua beradik dalam kejadian di depan sebuah bank di Jalan Abdullah di sini, Ahad lalu.