SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM300 yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Labuan Haji semalam.
Muar: Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret,di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk menculik, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
BUKIT MERTAJAM: Sebuah pasar raya lama berusia lebih 55 tahun terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.
SEREMBAN: Polis sedang mengesan dua beradik perempuan masing-masing berusia 15 dan 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar mengikut kakak angkat mereka sejak Ahad lalu.
MERSING: Seorang pemandu teksi maut, apabila penumpang lelaki dipercayai penagih dadah menikamnya dalam rompakan di Kilometer 17 Jalan Mersing-Kluang dekat Kahang, di sini, semalam.
PEKAN: Empat lelaki termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) dipercayai pengedar dadah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Paloh Hinai, di sini, pagi kelmarin.
Kuala Lumpur: Seorang pengarah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen, dua tahun lalu.
Kuala Lumpur: Seperti tidak munasabah, tetapi harga ayam bersih super dan standard di pasar raya Ong Tai Kim di Plaza Sentul, Setapak di sini dilapor dijual serendah RM1.09 sekilogram, semalam.
Kota Bharu: Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, menyambut kelahiran bayi sulung menerusi perkahwinannya dengan Leuniey Natasha Nazri, 22, semalam.