KAJANG: Cubaan melarikan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bandar Baru Sungai Long di sini, gagal apabila pintu kebal mesin berkenaan tidak berjaya dibuka dalam kejadian awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas berlaku di bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.
KUANTAN: Mahkamah Rendah Syariah hari ini menetapkan tarikh 24 April depan untuk perbicaraan kes ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat yang didakwa atas tuduhan mengamal dan menyebarkan ajaran sesat sejak Februari tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, Sabah menahan tiga lelaki yang disyaki menangkap ikan menggunakan bom ikan di kawasan perairan Inderasabah, semalam.
KANGAR: Seorang jurukamera stesen televisyen membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh anak bongsunya oleh orang yang tidak dikenali, hari ini.
MELAKA: Seorang buruh binaan warga Indonesia sanggup bersembunyi hampir 30 minit di dalam tangki air di tingkat 10 bangunan dalam pembinaan selepas tempat kerjanya di Ayer Keroh, di sini itu diserbu Jabatan Imigresen petang semalam.
PETRA JAYA: Spekulasi pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri Sarawak semakin kukuh apabila beliau tidak muncul pada dua majlis yang sepatutnya beliau hadiri hari ini dan semalam.
PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada campur tangan politik berhubung kes dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti diumumkan suruhanjaya itu s…
KAJANG: Seorang bapa yang dilaporkan menyembelih anak perempuannya yang berusia 7 tahun, minggu lalu, didakwa di Hospital Kajang, di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh dan dua tuduhan cubaan membunuh tiga anak perempuannya di rumahnya di Bandar …
SEMENYIH: Pengenalan modul tambahan (sub modul) kepada modul pembelajaran sedia ada di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diteruskan sebagai usaha kerajaan mendidik pelatih PLKN lebih berpengetahuan dan bersedia berdepan cabaran.