SEORANG lelaki yang berhasrat membantu mangsa kemalangan nyaris maut apabila keretanya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 193.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, berhampiran Tol Ayer Keroh, dekat sini, hari ini.
KUANTAN: Polis Pahang menafikan seorang penyokong skuad Tok Gajah meninggal dunia selepas dilaporkan bergaduh dengan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas berakhirnya perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, di sini Jumaat lalu.
BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta api barang yang dalam perjalanan ke arah selatan tanah air tergelincir dan terbalik dari landasan dalam kejadian dekat Taman Tan Sai Ging, di sini awal pagi tadi.
Tanjung Malim : Seorang suri rumah yang parah selepas diragut di Jalan Hospital di sini, maut ketika menjalani rawatan di Hospital Slim River petang semalam.
Jasin: Seorang wanita warga emas maut, tiga parah manakala tiga lagi cedera ringan apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 190.4, Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
SEREMBAN: Seorang kakitangan sebuah kilang di Jalan Pantai maut di rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, di sini selepas minum arak yang berlebihan jam 7 pagi tadi.
Kuantan: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan usaha memerangi orang tengah dalam sub-sektor perikanan bagi meningkatkan pendapatan nelayan di negara ini, sebentar tadi.
Kajang: Akibat dikatakan tidak tahan dibuli, seorang pelajar lelaki tingkatan satu membunuh diri dengan meminum racun serangga di kediamannya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, kelmarin.
Kota Bharu: Dua daripada tiga lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek yang melarikan wang RM84,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di di depan Politeknik Kota Bharu, Rabu lalu, ditahan kelmarin dan semalam.