Kundasang: Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh 30 meter dari puncak Gunung Kinabalu ketika merakam gambar matahari terbit di puncak gunung.
ALOR SETAR: Seorang buruh warga Myanmar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian isterinya, seorang rakyat Indonesia hujung bulan lalu.
GEORGETOWN: Hasil analisis kimia yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.
SUBANG JAYA: Polis daerah ini berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan kenderaan membabitkan nilai sebanyak RM1 juta dengan tertangkapnya dua individu yang dikenali sebagai ‘Geng Onai’, Khamis lalu.
Petra Jaya: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Wisma Bapa Malaysia (WBM) jam 10.50 tadi bagi mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ipoh: Jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara (Perhilitan) Perak berjaya merampas 17 ekor burung dilindungi dari rumah seorang peneroka felda di Felda Lawin, Gerik di sini.
Johor Bahru: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai mekanik lori ditahan dalam pemeriksaan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Selong, Kempas di sini, petang semalam.
Melaka: Polis meminta lebih ramai saksi tampil membantu siasatan dalam kes seorang anggotanya menembak mati lelaki yang dikatakan menyerang polis dan mengancam keselamatan awam dalam satu kejadian di Machap Baru, Alor Gajah, di sini Jumaat lalu.
Alor Gajah: “Saya orang susah, kalau ada rezeki dapatlah saya duit lebih sebab dengan cara ini (beli nombor ekor) saya dapat tampung kesusahan keluarga, nak harapkan bantuan dari orang lain derma duit memang payahlah.”