ARAU: Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pauh dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Sin Min di Pauh, di sini akan terus ditutup esok hari.
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berjaya mengawal kebakaran di kawasan hutan Gunung Raba, Tasik Bersia dekat Gerik daripada merebak ke kawasan berhampiran.
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang menghidap denggi dan menerima rawatan di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) meningkat sejak awal tahun ini berbanding tiga bulan hujung tahun lalu.
Dungun: Belumpun kebakaran hutan di Kampung Bahagia Tok Kah, dekat sini, padam sepenuhnya, pasukan pemadam api sekali lagi berdepan dengan kebakaran membabitkan tiga hektar lagi kawasan hutan tebal di kaki Bukit Gedut, tidak jauh dari kawasan terbabit,…
MIRI: Gara-gara kalah judi, seorang lelaki mengamuk dengan memecah sekurang-kurangnya sembilan komputer di sebuah premis judi internet di Taman Quadruplex, Permyjaya, di sini, tadi.
JOHOR BAHRU: Polis Johor akan menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai Unit Ninja di semua daerah di negeri ini bagi memerangi jenayah jalanan khususnya membabitkan jenayah ragut.
GERIK: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan kebakaran kawasan hutan seluas 80 hektar di Bukit Raba, Bersia di sini berpunca dari aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk kegiatan pertanian.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Kewangan Mimos Berhad, Khairuddin Khalid dipenjara tujuh tahun dan denda lebih RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan masing-masing meminta dan menerima rasuah melebi…
MELAKA: Seorang wanita sarat mengandung dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas kesalahan menipu seorang lelaki membabitkan kerugian berjumlah RM29,800 pada 2012 lalu.