Johor Bahru: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2 menang ke atas PBAPP FC dengan jaringan 1-0 pada saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebentar tadi.
Georgetown: Pasukan Pulau Pinang sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang di gelanggang sendiri apabila berjaya menewaskan pasukan DRB HICOM FC 2-1 di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.
DUNGUN: Kebakaran hutan paya gambut membabitkan kawasan seluas 388 hektar di sekitar Kampung Tok Kah di sini sejak 20 hari lalu menimbulkan keresahanan penduduk di tiga buah lagi kampung berhampiran.
KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah ‘Harus’.
KUALA LUMPUR: Debu dan habuk akibat letusan Gunung Berapi Kelud di timur Pulau Jawa, Indonesia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia Azhar Ishak.
KUALA LUMPUR: Datuk Shah Rukh Khan, 48, akan tetap meneruskan konsert Temptation Reloaded yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, di sini, malam esok, walaupun bahu kanannya masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan.
KUALA LUMPUR: Pembenihan awan bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas sekarang tidak sesuai dilakukan berikutan keadaan angin yang sangat stabil dan bergerak dalam satu hala.
PETRA JAYA: Bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyifatkan pelantikan beliau menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai satu penghargaan terhadap sumbangan yang beliau berikan dalam dunia politik selama ini.
SERI MANJUNG: Guru lelaki berusia 34 tahun yang membelasah hingga cedera empat pelajar sebuah sekolah menengah di Sitiawan dekat sini, petang kelmarin, disyaki menghidap sakit mental.
TEMERLOH: Seorang wanita berusia 23 tahun antara empat individu yang ditahan kerana dipercayai menjadi dalang dalam kegiatan pecah kereta di sekitar daerah ini dan Mentakab sejak hujung tahun lalu.
Melaka: Dua lelaki bersenjatakan parang ditahan ketika menyamun sebuah rumah yang didiami empat lelaki warga Pakistan di Jalan Pulau Gadong, di sini semalam.