Pendang: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengagihkan sejumlah RM2.393 juta wang ehsan kepada kira-kira 1, 570 pesawah yang terjejas akibat kawasan tanaman padi mereka dilanda kemarau sejak awal tahun ini.
Johor Bahru: Seorang pembonceng motosikal meninggal dunia selepas motosikal dinaiki bersama rakannya terbabas di Jalan Permas Jaya-Pasir Gudang, di sini, pagi tadi.
Kuantan: Ibu kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Saadiah Osman, 84, meninggal dunia pagi tadi di Hospital KPJ Damansara, di ibu negara.
Kuala Lumpur: Polis menahan dua individu dipercayai pasangan kekasih selepas didapati memiliki puluhan mampat dadah jenis ganja di dalam kereta mereka yang berada di kawasan parkir berdekatan Hentian Bas Jalan Duta di sini, awal pagi Khamis lalu.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan sebentar tadi mengumumkan warga asing yang menetap di negara ini tidak lagi berpeluang menikmati subsidi ketika menikmati rawatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara.
Chukai: Tindakan seorang penjenayah menyerang anggota polis membawa padah apabila lelaki itu maut ditembak tiga das dalam satu serbuan di kawasan bekas tapak pelupusan di depan Lapangan Terbang Kertih di Kilometer 3 Jalan Kertih-Ranggon, dekat sini, pe…
Manjung: Saya hanya terdengar suami menjerit memberitahu ada orang masuk ke bilik tidur kami. Sebelum sempat berbuat apa-apa, penjenayah memakai topeng dan bersenjata sebilah pisau meluru ke arah saya lalu merentap rantai leher,” kata Fatimah Abdul Samad, 75.
Kota Bharu: Seorang peniaga air soya berdepan hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menampar isterinya yang juga seorang pensyarah, Khamis lalu.
Melaka: Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan terungkai apabila seorang bayi perempuan tanpa seurat benang dipercayai baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah penduduk di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, di sini, pagi semalam.