PEKAN: Pengguna lalu lintas yang menggunakan Jalan Kuantan-Pekan dari arah Kuantan terpaksa berpatah balik selepas polis bertindak menutup jalan di Kilometer 15 apabila kawasan berkenaan dilitupi asap tebal berikutan kebakaran belukar petang tadi.
Seremban: Kira-kira 20 jemaah surau An Nur, Taman Tasik Jaya Fasa 2, di sini yang menunaikan solat Asar jam 4.30 petang tadi dikejutkan apabila sebuah bukit yang terletak hanya dua meter dari kawasan itu terbakar.
KUANTAN: Mahkamah Majistret, di sini, membenarkan permindahan tahanan reman membabitkan tiga pengikut Tuhan Harun yang diberkas di Papar, Sabah pada 22 Februari lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam…
Sepang: Pendaki negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau dikenali sebagai Qobin akan berlepas ke Irian Jaya, Indonesia hari ini bagi menamatkan Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai.
SUNGAI BULOH: Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kes pembantu rumah warga Indonesia yang menyembelih dua beradik dalam kejadian di Taman Sri Putra, semalam.
KUALA LUMPUR: Proses pembenihan awan yang sepatutnya dilaksana hari ini ditangguhkan berikutan keadaan atmosfera yang stabil dan tidak sesuai untuk pembenihan.
Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.
Mukah: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kosong berkuatkuasa Jumaat ini berikutan perletakkan jawatan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.