Kuala Terengganu: Seorang tukang rumah dipenjarakan sembilan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 8.17 gram.
Machang: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang aktif melakukan kegiatan samun secara bersendirian sejak Mei lalu berjaya diberkas polis, dalam satu kejadian di Labok di sini, kelmarin.
Kota Bharu: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di sini, semalam memutuskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabit bersalah melakukan perkara yang melanggar amanah diberikan kepadanya.
Shah Alam: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di laluan motosikal di Kilometer 8.8 Lebuhraya Persekutuan, di sini, semalam.
Segamat: Seorang lelaki, Yeung Soi Meng berusia 56 tahun pekerja sebuah syarikat pembacuh simen di temui mati dalam keadaan terduduk di dalam alat pembacuh lori simen dalam kejadian di Jalan Batu 8, Buloh Kasap di Batu Anam, di sini, semalam.
Klang: Seorang lelaki ditahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan awal pagi tadi, kerana disyaki memuat naik artikel yang mempunyai kaitan dengan khabar angin pelajar tahfiz ditetak sekumpulan lelaki di Klang, 31 Julai lalu.
Port Dickson: Lapan lelaki bertopeng memecah masuk sebuah premis perniagaan dan menetak dua pemandu syarikat selepas mengikat dua pengawal keselamatan di Taman Perindustrian Lukut Raya, Batu 6, Jalan Seremban di sini awal pagi tadi.
Lipis: Dua beranak yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terbunuh apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 18, Jalan Lipis- Benta, petang semalam.
New Delhi (India): Sebuah kapal perang India tiba di Pelabuhan Sepanggar di Sabah untuk melakukan lawatan muhibah ke Malaysia, lapor Press Trust of India.
Alor Setar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 3.3 kilogram dianggarkan bernilai kira-kira RM632, 510 di Unit Pemeriksaan Penumpang Laluan Bas/Pejalan Kaki Kompleks Imigresen, Buki…