Alor Gajah: Seorang lelaki terperangkap dalam treler muatan batu bata dipandunya yang terbalik dan terhumban ke dalam gaung di Jalan Hutan Perca-Bukit Bulat, Machap Baru, di sini, semalam.
Melaka: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya merampas 4,000 keping filem dalam bentuk DVD bernilai kira-kira RM32,000 yang tidak mempunyai sijil B dalam operasi di Cheng Perdana, di sini, semalam.
Port Dickson: Fenomena angin puting beliung kecil di permukaan laut atau dikenali sebagai belalai air yang berlaku di Pantai Batu 2 di sini, pagi ini mengejutkan orang ramai.
Shah Alam : Mahkamah Tinggi di sini, tadi memerintahkan bekas pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi Rasila membela diri atas tuduhan membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Petaling Jaya: Motor Image Malaysia selaku pengedar eksklusif Subaru di negara ini memperkenalkan dua jentera berprestasinya menerusi Subaru WRX dan WRX STI, sebentar tadi.
Kampar: Seorang lelaki maut, apabila lori membawa muatan alat ganti kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler, dalam kemalangan di Kilometer 301.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Gopeng di sini, awal pagi tadi.
Bukit Mertajam: Seramai 37 warga asing ditahan di dalam operasi Jabatan Imigresen negeri yang dilakukan di sebuah tapak pembinaan, di Empangan Mengkuang di sini.
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa agensi itu tidak pernah mengamalkan siasatan yang selektif dan berat sebelah kepada mana-mana pihak.
SHAH ALAM: Lembaga Disiplin PKR hari ini memutuskan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menghadiri sesi pendengaran lembaga tersebut esok (Jumaat).
Kuala Lumpur: Sehingga 6 petang semalam Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan hampir keseluruhan kawasan di negara ini mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik.