Lahad Datu: Akibat leka ketika membersihkan senapang angin, seorang pekerja ladang terlepas tembakan ke arah rakannya sendiri dalam kejadian sebuah ladang kelapa sawit, kawasan Silabukan, dekat sini, semalam.
Ledang: Seorang pemandu van maut manakala enam pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) cedera apabila van dinaiki mereka dirempuh sebuah lori bermuatan baja di Teluk Rimba dekat Bukit Kangkar di sini, pagi ini.
PETALING JAYA: Anggota Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan seorang pegawai polis.
Kuala Lumpur: Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2.1 juta selepas menahan tujuh suspek dalam tiga tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ampang dan Cheras, pada Khamis hingga semalam.
Ipoh: Seorang wanita warga Peru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, atas tuduhan menipu seorang mangsa membabitkan wang sebanyak RM55,000 pada 31 Julai lalu.
Dungun: Seorang pekerja chalet ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik sebuah chalet di Pantai Peranginan Rantau Abang, di sini, 8 malam tadi.
Georgetown: Polis masih menunggu maklumat daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL) berkenaan lapan peserta warga asing yang terbabit dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.
Johor Bahru: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhebatkan hubungan dengan komuniti antarabangsa bagi memberi maklumat yang betul kepada pelabur asing.
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tiga individu membela diri atas pertuduhan membunuh pensyarah Zara Eleena dan Omar Peter Abdullah, dua tahun lalu.
Balik Pulau: Dua lelaki warga Myanmar cedera selepas mereka bergaduh sesama sendiri di rumah mereka di sebuah flat di Gertak Sanggul, di sini malam tadi.