Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun milik penumpang Penerbangan Malaysia MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Kuala Kubu Bharu: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menggunakan bom buatan sendiri untuk memusnahkan sebuah bank di Bandar Bukit Beruntung di sini, akhir bulan lalu.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menceroboh dan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita, kelmarin.
Kuala Lumpur: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang berpaling tadah menyokong Datuk Seri Dr Wan Aziz Wan Ismail tidak dipanggil memberi penjelasan kepada Lajnah Politik dan Pilihan Raya parti itu yang bermesyuarat malam tadi.
Kaherah (Mesir): Sukarelawan Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) belum memasuki Gaza hari ini difahamkan atas faktor keselamatan namun dijangka akan bergerak ke sempadan Rafah dalam waktu terdekat.
Johor Bahru: Kerajaan Pusat bersedia mempertimbangkan isu kesan kenaikan tol di Tambak Johor termasuk pemberian kad rebat kepada pengguna harian yang keluar masuk ke Singapura walaupun ia masih dianggap minimum kepada majoriti rakyat negeri ini.
Shah Alam: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika beliau mendakwa mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar.
Kuala Lumpur : Seorang anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) ditahan polis Perancis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpangnya ketika dalam penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Perancis pada 4 Ogos lalu.