Marang: Seorang penternak lembu warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan oleh lelaki tidak dikenali dipercayai menggunakan senapang patah di rumahnya di Batu Penunggul di sini, semalam.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui pengsan dipercayai terkena serangan jantung ketika mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati, dekat sini, tengah hari ini.
Petaling Jaya: Seorang lelaki warga Indonesia retak tulang belakang, patah kaki dan tangan selepas terjun dari jejantas di susur E13 Lebuhraya Pantai Baharu NPE menghala ke Bandar Sunway ketika melarikan diri daripada sekatan polis jam 1 petang ini.
Port Dickson: Akibat menegur seorang pelanggan supaya tidak membuat bising, adik kepada seorang pemilik sebuah restoran parah di kepala dan pengsan sejurus dibaling pasu bunga.
Puchong: Kecurigaan suami selepas isterinya yang masih tidak pulang selepas mendaki Bukit Wawasan, di sini, pada sebelah pagi kelmarin terjawab apabila wanita itu bersama empat lagi individu tersesat sebelum ini ditemui semula 4.30 pagi ini.
Kota Tinggi: Pasukan Gerakan Marin PDRM Wilayah Dua Johor menggagalkan aktiviti sindiket penyeludupan rokok membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM2.9 juta dan menahan tiga individu di Sungai Rengit, malam tadi.
Kuala Lumpur: Sebanyak 664 beg tangan dan dompet berjenama tiruan bernilai lebih RM15,000 dirampas hasil serbuan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan …