Kemaman: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya, hari ini.
Kuala Lumpur: Kewujudan pusat penyembelihan ayam secara halal di Selayang, Selangor disifatkan langkah bijak kerajaan bagi memastikan kesejahteraan ummah terjamin, sekali gus menjadi perintis kepada projek berkenaan.
Kuala Lumpur: Seramai 10 ‘komando’ Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia lulus ujian pelepas seterusnya melayakkan mereka terbabit dalam operasi berprofil tinggi.
Bayan Baru: Baru seminggu memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental nekad terjun dari tingkat 10 pangsapuri tempat dia bekerja di Jalan Lengkuk Mahsuri, kelmarin.
Kuantan: EXCO Majlis Belia Malaysia Abu Qassim Nor Azmi, 28, maut selepas dilanggar lori kontena, di perhentian bas berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), kira-kira 3 kilometer dari Plaza Tol Gambang dekat Kuantan kira-kira jam 7.30 malam tadi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan pihak yang mengaku menjadi perunding kepada urusan lelongan kereta mewah yang dirampas jabatan itu.
Ipoh : Bekas kapten skuad bola sepak Malaysia 1960an dan pemain pasukan Perak, Abdullah Yeop Nordin, 75, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 1.20 pagi tadi akibat masalah jantung.
Permaisuri: Seorang wanita berusia 52 tahun maut apabila kenderaan pacuan empat roda Nisan Frontier dipandu suaminya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di pekan Sungai Tong, dekat sini, 5.30 petang semalam.
Melaka: Seorang pekerja restoran maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), arah Melaka dekat Cheng, di sini, pagi semalam.