Kota Kinabalu: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi meluluskan peruntukan berjumlah RM157.14 juta untuk skim penanaman baru dan penanaman semula getah, kelapa sawit, lada dan koko bagi pekebun kecil di Sabah, pada tahun ini.
Kota Bharu: Sistem perparitan yang gagal diselenggara dengan baik kerana kekurangan bajet di antara faktor menyebabkan kes demam denggi di negeri ini masih berada di tahap tinggi.
Shah Alam: Sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan samun bersenjata sekitar Tanjung Karang, Sungai Buloh dan Tanjung Malim tumpas selepas ditahan sepasukan anggota polis di Kota Malim Prima dekat Tanjung Malim, Perak semalam.
Putrajaya: Seperti tahun-tahun lepas pada Bulan Kemerdekaan, Jalur Gemilang juga harus dikibarkan setinggi bukit, sebanyak dan semegah mungkin pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Kuantan: Mahkamah Tinggi di sini, membebaskan seorang pekerja ladang kelapa sawit daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di FELDA Sungai Panching Selatan dekat sini, dua tahun lalu.
Kampar : Seorang lelaki orang Asli ditemui maut selepas terjatuh dan tersangkut di atas dahan pokok petai dalam kejadian di Taman Seri Emas, di sini, 4.30 petang semalam.
Georgetown: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun kerugian hampir RM50,000 selepas dipercayai disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau di Simpang Tiga, Tasek Gelugor dekat sini, pagi tadi.
Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyempurnakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sambutan kemerdekaan ke-57 di Dataran Putrajaya di sini, sebentar tadi.