YANGON: Seorang terbunuh dalam kejadian tiga letupan bom di timur Shan, Myanmar hari ini, menjadikannya serangan terbaru di negara yang dahulunya diperintah kerajaan tentera.
SINGAPURA: Lawatan kerja dua hari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ke Singapura mulai hari ini bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, khususnya peringkat sektor awam.
GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menggunakan lambang tanpa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan menyamar sebagai kerabat raja Kedah pada Oktober tahun lalu.
WASHINGTON: Penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden, Barack Obama berakhir apabila Kongres hari ini lulus undang-undang menaikan had siling hutang.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,613 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 21 hingga 23 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Kombinasi tokoh lama dan muka baru akan akan memastikan UMNO terus relevan di samping membolehkan usaha peremajaan parti dijalankan secara berterusan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengambil langkah wajar untuk menyesuaikan diri dengan lanskap politik baru tanah air supaya terus relevan dan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional (BN) di rant…
BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia antara 49 terbunuh apabila pesawat QV301 milik Lao Airlines terhempas di Lapangan Terbang Pakse di selatan Laos, lewat semalam.
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini melantik pakar Belanda di Asia Barat, Sigrid Kaag untuk mengetuai misi memusnah senjata kimia di Syria.