IPOH: Badan Perhubungan UMNO Perak hari ini mendesak Jawatankuasa Pemilihan UMNO pusat supaya membenarkan keputusan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti Sabtu ini diumumkan di hadapan perwakilan bahagian masing-masing.
KUALA LUMPUR: UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
ALOR GAJAH: Puteri UMNO yakin perwakilan pergerakan itu akan menimbangkan sebaiknya dan membuat pilihan bijak calon untuk mengisi tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Sabtu ini.
IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan bersama seorang pekerja dalam kejadian di Pekan Razaki, di sini kira-kira jam 11.3…
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald demi menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
TAWAU: Umno Bahagian Kalabakan menetapkan 30 November ini bagi mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan semula 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu yang meletak jawatan selepas menang dalam pemilihan Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia kekal dalam zon positif pada akhir sesi pagi ini dengan minat belian berterusan pada saham-saham mewah, kata peniaga.
MAKKAH: Orang ramai dinasihat supaya jangan sekali-kali percaya dengan mana-mana pihak yang menjanjikan tawaran pakej haji lengkap dengan visa tanpa melalui Tabung Haji (TH).
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan cadangan menggubal undang-undang bagi salah guna jawatan awam ke Peguam Negara dalam waktu terdekat.