Kuala Lumpur: Halal Fiesta Malaysia 2014 (Halfest 2014) yang akan diadakan pada 24 hingga 28 September tahun depan, akan memberi tumpuan khusus kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama dari luar bandar.
Lima syarikat di bawah Johor Corporation (JCorp) menerima pengiktirafan industri peringkat kebangsaan apabila disenaraikan dalam 100 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) paling berjaya di Malaysia sepanjang 2013.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) mengumumkan peruntukan sebanyak RM36 juta bagi baucar inovasi yang sedia untuk diagihkan mulai semalam.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, dipilih Tokoh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tahun Ini pada Anugerah Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia – ASEAN 2013 baru-baru ini.
Shanghai: Pengeluar keluli di China mungkin terpaksa menutup operasi tahun depan berikutan langkah kerajaan meningkatkan usaha mengurangkan pencemaran udara, walaupun penutupan di wilayah Hebei baru-baru ini hanya terhad di wilayah pengeluaran utama it…
Pasaran saham Asia meningkat semalam selepas kerugian yang berlaku baru-baru ini ekoran Wall Street berada pada situasi positif susulan data Amerika Syarikat (AS) yang meyakinkan.
MALAYSIA memiliki sokongan kumpulan pelabur institusi kukuh yang mampu menahan sebarang impak ketara kepada pasaran saham tempatan jika berlakunya pengaliran keluar dana asing, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
BUKAN mudah untuk berjaya, tetapi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), cara paling mudah untuk gagal adalah dengan mengharapkan wang sebagai penyelesaian untuk segala masalah perniagaan, termasuk memperkasakan kemampanan sektor itu.
Isu penipuan penetapan harga perdagangan akan dapat ditangani dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan pelaporan nilai ditambah pada semua peringkat pengeluaran, kata Bank Negara Malaysia.