LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran hartanah United Kingdom (UK), dengan pembelian bangunan pejabat Unilever House bernilai £75.8 juta (RM406.36 juta).
AHLI ekonomi menjangka Malaysia akan meneruskan aliran pertumbuhan ekonomi yang mantap tahun depan, dengan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar antara 4.5 dan 5.3 peratus berbanding 4.5 hingga lima peratus tahun ini.
PROGRAM Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) yang dikendalikan MATRADE sejak 2004, setakat ini sudah membantu 122 syarikat Bumiputera mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
KUMPULAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) komited melaksanakan amalan lestari dalam perniagaan kelapa sawit.
PETRONAS merancang meneroka tiga lagi pasaran eksport baru untuk gas asli cecair (LNG), iaitu India, Amerika Selatan dan Eropah dalam usahanya mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kalangan tiga pengeksport terbesar bahan api itu menjelang 2020.
Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka meneruskan pertumbuhan pada 2014, disokong oleh permintaan mapan dalam negara, kegiatan pelancongan dan eksport yang meningkat.
Bank Dunia yakin terhadap sektor perbankan Malaysia dengan menyatakan sektor itu kini bersedia untuk mencapai pertumbuhan selanjutnya pada 2014 dengan prospek dan keuntungan yang kukuh.
Pasaran saham tempatan gagal mengikuti kekukuhan pasaran negara maju minggu lalu, yang dipacu data ekonomi memberangsangkan dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.